assalamualaikum semua...nie baru update..cuti2..bosan2...xtaw nk watpe..so, aq tepikir somthg yg ley aq wat..tup..tup..dpt cipta 3 jenis pantun...xtaw la bek ke x...2 je yg aq mmpu...mmg dh lme xaktif dr berkarya nie...biasanya aq cipta syair..tp nie br cube.".pantun..".so, aq harap korang dpt terima...dan ley la bg pendapat k...
terima lah karya terbaru ku. :
"Pantun Empat Kerat Ku"
mana hulu dan mana hilirnya,
mana penghulu dan mana kerikilnya,
merana jiwa seorang dara jelita,
kerana si teruna sebegitu rupa.
maksudnya:
-seorang dara sentiasa tertanya-tanya adakah dia ini hanya sandaran si teruna tanpa memberi kata persetujuan atau kepastian dalam perhubungan. tambahan, si dara yang merana kerana sikap keras hati si teruna akan sambil lewa dan mengabaikannya.
panjang lalang hanya ditanah,
rawan rindu tertanam dihati,
mana pergi sang pujaan hati,
kehadiranmu sentiasa dinanti.
maksudnya:
- penantian dengan penantian. mengumpul rindu yang sentiasa dihati untuk menunggu kehadiran pujaan hati.
pedih luluh tidak terperi,
sakit lelah tidak diubati,
hanya kasih yang sentiasa dihati,
menunggu pulang orang yang sentiasa di mimpi.
maksudnya:
- kepedihan dan kesakitan yang dialami dan mengabaikan hal diri sendiri hanya kerana ditinggalkan oleh sang kekasih.tetapi tidak pernah luput rasa kasihnya terhadap sang kekasih. dia tetap akan menanti walaupun sang kekasih tidak mungkin kembali lagi.
terima kasih sbb dh luangkan masa anda..
enjoy with my "pantun"
No comments:
Post a Comment